Saturday, April 19, 2008

KAJI SELIDIK JANGKA HAYAT PARTI PEMBANGKANG YANG MENDAPAT MANDAT DI 5 NEGERI PADA PRU-12

Tuan / Puan,
Sudilah sekiranya Tuan / Puan dapat meluangkan sedikit masa untuk menjawab kaji selidik yang dianjurkan ini.
Ia bertujuan untuk mengukur sejauh manakah tahap kepercayaan rakyat negara ini terhadap parti-parti pembangkang yang telah berjaya menawan 5 negeri pada pilihanraya ke-12 yang diadakan baru-baru ini.
Sila baca dan jawab kaji selidik ini dengan cermat serta menjawabnya dengan ikhlas. Segala kerjasama yang diberikan diucapkan terima kasih.
PAS, KEADILAN dan DAP TELAH BERJAYA MEMBUKTIKAN KEUPAYAAN MEREKA DENGAN MENAWAN 5 NEGERI DALAM PRU-12 BARU-BARU INI. SELAMA MANAKAH PENGUASAAN MEREKA KE ATAS NEGERI-NEGERI TERSEBUT:-
a) 5 TAHUN
b) 10 TAHUN
d) 15 TAHUN
d) SELAMA-LAMANYA
UNTUK MENJAWAB SILA SMS JAWAPAN ANDA DENGAN MENAIP:-
PRONET VOTE HAYAT hantar ke 33886
PRO NET ENTERPRISE (001750351-P)
hotline:- +6012 963 5827 (9am - 5pm)
setiap SMS dicaj 50 sen
tidak termasuk caj oleh pihak TELCO


powered by EVERWORKS

Tuesday, April 15, 2008

PERKHIDMATAN SMS - RENUNGAN KHAS UNTUK AHLI-AHLI POLITIK

SALAM.
Selamat sejahtera semua. Dunia semakin berkembang maju dengan pelbagai teknologi. Hal ini semua sudah sedia maklum. Tidak perlu dihuraikan panjang lebar sebab budak sekolah rendah pun asyik bercakap mengenai hal ini. Kalau tidak percaya kita boleh tengok karangan yang mereka buat.
Tetapi adakah diri kita ini sudah bersedia untuk menerimanya atau masih menjadi seperti "katak dibawah gelas"? Nampak apa yang berlaku di luar tapi tidak mahu turut serta. Kenapa? Sebab selesa dengan suasana sejuk di bawah gelas membunuh perasaan ingin tahu, ingin turut serta, inginkan pembaharuan dan segala-segala yang boleh merubah iklim kehidupan mereka.
Namun, laman web dan emel datang bagaikan kilat yang membantu kita dalam banyak perkara. Baik atau buruk itu terserah kepada kita bagaimana untuk menggunakannya. Seseorang itu tidak perlu tunggu ada sijil dalam bidang komputer untuk membuat laman web atau emel. Cukup hanya klik dan klik dan akhirnya siap. Maka berduyun-duyunlah masyarakat seluruh negara dan dunia melayari laman web dan menghantar emel kepada kita.
Masa berubah, laman web dan emel dipertingkatkan. Dalam masa yang sama perkhidmatan mesej pendek atau SMS hadir dalam kehidupan kita. Teknologi ini pada 10 tahun lepas di Malaysia hanya untuk mereka yang terpilih sahaja seperti pengguna postpaid dan ia tidak menyeluruh. Tidak semua TELCO menawarkannya. Saya masih ingat 8 tahun lepas ketika itu TM TOUCH menyediakan SMS tapi hanya untuk pengguna postpaid sahaja dan TIMECEL untuk postpaid dan prepaid tetapi hanya untuk sesama rangkaian sahaja.
Itu 10 tahun lepas dan salah satu tujuan teknologi ini adalah untuk menjimatkan kredit pengguna kerana kita hanya dicaj 1 sen - 20 sen berbanding jika kita membuat panggilan telefon yang jauh lebih mahal. Apakah natijah daripada teknologi SMS ini kepada diri kita, organisasi, bangsa dan negara.
Pendekatan yang paling senang dan amat mudah serta masih panas di pasaran ialah PRU-12. Impak yang diberikan oleh SMS di dalam politik negara amat maksima. Selain daripada laman web, emel, media cetak dan massa serta tidak dilupakan blog. SMS turut menyumbang kepada peratusan yang amat tinggi dalam mempengaruhi situasi politik negara. Malahan tidak perlu tunggu PRU-12, sebelum ini kita sudah boleh lihat dengan hanya 1 sms sesebuah masyarakat, organisasi atau individu boleh gempar, panik, benci-menbenci dan lain-lain lagi. Namun begitu, SMS turut membawa berita gembira kepada mereka yang memerlukan dan ia bergantung kepada kebijaksanaan seseorang menggunakannya.
Mari kita lihat apakah kesan SMS kepada ahli-ahli politik. Kesannya amat nyata terutama yang masih mengamalkan gaya klasik / retro yang percaya kepada media massa dan cetak untuk mempromosikan diri mereka kepada rakyat. Suka saya menggunakan istilah gaya klasik / retro kerana ia sangat sesuai kepada ahli-ahli politik yang masih ditakuk lama. Tahu tentang teknologi tetapi gagal memanfaatkannya.
Gaya klasik masih relevan tetapi ia agak ketinggalan jika ia digunakan untuk mempengaruhi jiwa orang muda. Masyarakat Malaysia di tika ini bagaikan sudah sebati dan bersatu dengan telefon bimbit. Ibarat nyawa yang kedua yang sangat penting. Jika anda tidak percaya saya ingin bertanya DIMANAKAH TELEFON BIMBIT ANDA SEKARANG???? Di sisi anda, di dalam kereta, di dalam tandas atau sudah hilang??? Sudah pasti anda panik seketika.
Saya yakin, masih ramai ahli-ahli politik gagal memanfaatkan SMS sebagai salah satu medium pemasaran diri. Telefon bimbit sentiasa bersama-sama dengan kita berbanding surat khabar, PC atau laptop serta beramai rakyat Malaysia yang ada masa membaca surat khabar atau mempunyai emel atau membaca emel. Memang betul terdapat telefon bimbit yang mempunyai akses internet tetapi jika dibandingkan berapa kerap dan pantas untuk kita membaca SMS berbanding untuk akses internet? Sudah jawapannya membaca SMS secara terus lebih mudah dan tidak rumit. Hanya tekan dan baca.
Oleh hal yang demikian, jangan lupa selepas ini untuk menggunakan SMS sebagai salah satu cara mempromosikan diri bagi menaikkan imej masing-masing. Buang yang keruh ambil yang jernih. Kerana ahli-ahli politik yang sudah senior sentiasa dipantau oleh orang ramai dengan melihat sejauh manakah kemahiran mereka dalam memikat hati rakyat menggunakan teknologi. Begitu juga ahli-ahli politik yang junior anda juga turut dipantau adakah anda juga turut menggunakan gaya klasik / retro.
Justeru itu, kepada ahli-ahli politik yang ingin menggunakan khdmat SMS bagi mempromosikan atau menaikkan imej boleh menghubungi saya. Kerana ini ialah perniagaan yang syarikat saya sendiri buat. Sekian, terima kasih.